1. Filem ini dihasilkan oleh orang yang sama menghasilkan “The Nightwalk 1 & 2”
2. Idea untuk menghasilkan satu video telah timbul dari Adli setelah menonton video “The Drama King”
3. Idea telah disebarkan pada suatu malam selepas solat Isyak di surau Cemara
4. Antara pelakon awal yang dicadangkan adalah Adli, Arif dan Fawwaz. Namun Adli kemudiannya menarik diri dari menjadi watak utama.
5. Empat orang telah melakukan acara “brainstorming” idea di bilik Arif. Namun tiada sebarang keputusan dibuat (sebab semua tiada idea yang disepakati).
6. Pada mulanya, seseorang telah memberi idea (pasal budaya bertegur sapa dan err, stalk facebook) yang agak menarik, tetapi kemudiaannya ditolak kerana terlalu sweet. heh
7. Akhirnya, satu cerita diambil inspirasi penulisan blogger “Inspector Saahab” bertajuk “Kau, next sem sebilik nak?”
8. Keizinan “Inspector Saahab” untuk mengadaptasi penulisannya hanya ditanya setelah penggambaran beberapa babak telah dijalankan.
9. Jalan cerita telah diubah mengikut kesesuaian masa dan tempat tetapi idea asalnya masih dikekalkan.
10. Nama watak telah diubah secara tidak sengaja (aku pun tak tau kenapa tak guna nama Rayyan Muslih & Muse tu, mungkin sebab soleh sangat kot).
11. Keseluruhan penggambaran dirakam hanya menggunakan dua biji telefon-i 5 (iPhone 5).
12. Filem ini diarah, dirakam, diedit, dan segala di oleh orang yang sama.
13. Filem ini merupakan video terpanjang tempoh suntingannya berbanding apa-apa video yang pernah dihasilkan oleh orangnya, kira-kira tiga bulan (berbanding video yang lain hanya memakan masa dari satu malam hingga tujuh hari).
14. Penggambaran sebenar telah mengambil masa selama tiga hari (dua hari di Cemara, Shah Alam dan satu hari di Janda Baik, Pahang).
15. Babak satu hari di Janda Baik telah hilang dan rosak ketika disalin dari iPhone ke komputer (sebab tu tiada babak sungai).
16. Babak di Janda Baik dijalankan ketika program rehlah terakhir bersama ‘pelajar-pelajar’ INTEC yang lain (dapat baju, heh).
17. Tajuk asal “Cemara” adalah “Roommate”.
"Cemara" dijadualkan siap pada Ogos ini. Diharapkan para 'peminat' (ececeh) dapat bersabar. Wuhiuu
P/S: Blog ini telah dipinjam untuk menumpangkan post "17 Trivia Filem Cemara The Movie". Jadi post ini sedikit istimewa kerana ditulis dalam bahasa Malaysia (walaupun tajuknya dalam bahasa Inggeris) hoho.
P/S: Teruskanlah urusan kita seperti biasa. Tetapi janganlah lupakan saudara-saudara kita yang berada di Mesir, Syria dan di mana-mana sahaja. Sekurang-kurangnya marilah baca doa ini:
"Ya Allah, Engkau peliharalah kami, serta saudara-saudara kami dari segala kejahatan makhluk-makhluk. Sungguh, Engkau pasti memberikan kemenangan saat tiba waktu yang telah Engkau janjikan. Dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang menang. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji!"
"Ya Allah, Engkau peliharalah kami, serta saudara-saudara kami dari segala kejahatan makhluk-makhluk. Sungguh, Engkau pasti memberikan kemenangan saat tiba waktu yang telah Engkau janjikan. Dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang menang. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji!"
#Amin
RALAT #error
Malam ini (18/8/2013), saya dapat tahu karya asal telah ditulis oleh saudara habiburrahim dalam blog ashabulislam. Sila baca di sini.