21 June 2016

What Did You Do?

What did you do?

When today you cannot find happiness
When today your heart trembles in the dark
Like a blind man searching for light

What did you do?
When no more good ever come to you
Like it ever does come out of you

What did you do?

When you wronged so many times,
from once to forevermore
Hath you said you'd repent
but only echoed until your Return.

What did you do?
When angels gave so many chances
When you'd still have your book clean,
and scent it shall never forget
But you spilled it with blood
in Fire it was set ablaze.

What did you do?

Until heavens forth before you
And shall you wanting to return
But nevermore it can be undone
Eternal, you will only rest in Pain

What do you do?

4 comments:

  1. Penat nak fikir nama ni, tak penting punJune 21, 2016 at 9:03 PM

    Jarum waktu itu tidak akan pernah berhenti, dan boleh jadi kita ini terperangkap dalam sebuah teka teki kehidupan, kerana teka teki itu sendiri terkadang terlalu rumit dan kompleks untuk kita fahami , apalagi untuk kita selesaikan, bayangan dari masa lalu yang sukar untuk kita lepaskan, atau memang sebenarnya kita yang tidak mahu melepaskan. Dan boleh jadi bayang bayang itu yang membataskan langkah kaki kita, dan itu yang sering menggamit kita untuk menoleh ke belakang. Sedang sebenarnya pintu masa depan itu telah ada di hadapan kita, cuma kita tidak yakin untuk membukanya kerana kita tidak pasti ke mana hala tuju yang akan kita pergi seandainya kita masuk ke dalamnya. Kita mungkin hanya perlukan sedikit keyakinan untuk membuka dan melangkah ke hadapan. Apakah memang tidak ada jalan keluar atas segala kesusahan,kesakitan, kekeliruan ini? Sebentar cuba kau renungkan kejadian siang dan malam, kau renungkan kejadian lautan dan daratan ia tetap ada perubahan dan penghujung bukan? Nah begitulah kehidupan, jalan keluar itu sebenarnya ada, Hakikat kehidupan kita yang hari ini , bagaimana kita sampai ke sini, pasti ada jalannya bukan? Teruskan perjalanan, jika nanti kita tak temukan jalan pun, pasti akan tetap ada pengajaran yang dikurnia Tuhan dan kita masih bisa mencari jalan yang lain , jalan yang benar membawa kita menujuNya, Yakinlah yang memasukkan kita ke dalam ruangan yang ini adalah Tuhan, ya Dia yang memegang takdir dan pasti dia memiliki perancanganNya yang khusus buat kita dan sempurna.inshaAllah, boleh jadi Allah sengaja mahu kita belajar agar nanti kita menemukan jawapan sebenar untuk setiap persoalan. Dia akan menunjukkan jalan keluar. Tetaplah berdoa memohon petunjuk, usah berputus asa, tetaplah dalam kebaikan. Yakinlah yang Allah itu tidak pernah sesekali meninggalkan dan membiarkan kita. Selamat memandu jiwa kembali kepadaNya. Salam 17 ramadhan. Oh pencarian diri itu takkan pernah selesai sehingga penghujung hayat. Moga Allah tetapkan anda dalam kebaikan yang Dia redhai.

    P/s: moga ini membantu dengan izin Allah, dan maaf kerana menggunakan bahasa melayu, ialah, saya kan orang melayu. Sekian.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Ini adalah satu komen yang amat panjang, inshaallah bermanfaat. T_T

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Jangan putus asa, selalu apa yang kita rasa susah sekarang nanti ia akan menjadi mudah, bukankah dalam surah al insyirah Allah telah berfirman lepas kesusahan pasti ada kemudahan.

    Takpe habiskan apa yang telah ada permulaan, selesaikan jangan biar terbengkalai, walaupun nanti selepas habis belajar kita takkan guna secara keseluruhan pun apa yang dipelajari, tapi bukankah ilmu itu takkan pernah menjadi sia sia?

    Hidup kalau semua senang itu bukanlah kehidupan, dan dalam hidup kekadang kita kena ada juga konsep try & error. Kita usaha je yang terbaik apa yang kita mampu, natijahnya nanti biar Allah yang tentukan. Apa apa perancangan yang kita rasa 'aku sepatutnya duduk dalam tu, dalam sana, bukan kat sini' masih ada waktu untuk kita buat apa yang kita suka tetapi biasalah nak dapat suatu kepuasan dalam hidup bukan macam 'hayun kayu magik harry potter tu lepas tu terus dapat, terus berubah' harry potter pun sakit sakit dulu sebelum bahagia. Kah! Kalau bukak kisah pembukaan konstatinopel pun semua orang tak tahu pun siapa yang akan buka kota tu, berapa ramai yang cuba kerana mahu menjadi apa yang nabi katakan 'sebaik baik ketua, sebaik baik rakyat.' Ya kerana mereka yakin. Dan mereka ada keazaman yang hebat. Tetapi akhirnya yang membukanya al fateh, tetapi itulah tanpa orang terdahulu pasti tak terbuka jalan bukan? Eh macam takde kaitan pula, lupa dah nak tulis apa. Konklusinya jangan putus asa, nanti lepas grad buat lah apa apa yang menjadi impian paling kurang bila kita berjaya (berjaya ni luas konsepnya) dapat bahagiakan ibu ayah kan?

    Oh segala pakar kat dunia ni pun pernah je give up. Tapi diorang bangkit balik.mana ada mukmin yang jatuh lubang sama dua kali kan?selamat membangun iman dan diri semula.

    Kalaupun kita dah tak jumpa sebab nak bahagia dengan apa yang sekarang. Buatlah kerana Allah, niatkan untuk ibu ayah. InshaAllah kita akan temukan kebahagiaan dan kemudahan. Kekadang kita ni tak perasan pun niat kita jauh dah perginya.

    Do all things for the sake of Allah. May Allah ease you.

    Allahu yuftah alaik.

    Maaf lah, hobi mungkin tulis panjang panjang. Bai.

    ReplyDelete
  4. Berjalan lah di bumi ini, sebagai pengembara. Ambil lah pengajaran dari setiap yang berlaku. Takdir Allah mengatasi segalanya. Mungkin pada hari ini, kita merancang utk buat itu dan ini, tetapi dengan kuasa dan takdirnya, kita tak mampu utk laksanakan. Buat Abg terompah, just go with your flow. Do whatever you want to do as long x melanggar batasan syariat. Mungkin dlm hidup Abg terompah, ada tersalah mmbuat pilihan, but please never blame yourself. Kita manusia n normal buat salah. Learn from that. But it become abnormal once kita keep on repeating doing the same mistake

    ReplyDelete